menyalahi takdir..dengan soalan yang begini :::
"mengapa ini yang terjadi?mengapa nasib aku macam ini? mengapa?kenapa?"
"kenapa semua ini harus berlaku?"
jika soalan ini bertandang dalam hati mu ketika sesuatu membuatkan kamu rasa kecewa dan sedih. istighfarlah wahai teman.
katakan tidak
"aku redha dengan ujian ini. innalillah"
allah tidak akan pernah menurunkan ujian tanpa mengira kekuatan seorang hambanya.[surah al-baqarah:234]. percayalah teman, allah selalu akan ada bersama mu untuk lalui kehidupan yang singkat ini. jangan menangisi sesuatu yg DIA telah tetap kan untuk kita. jangan membuka peluang untuk biarkan syaitan menghasut hati kita yg lemah ini untuk mnyalahi takdir. apabila dia menurunkan ujian itu bermaksud dia merindui kamu. dia juga ingin menguji cinta kamu terhadapNYA. bangunlah dan teruskan hari-harimu dengan senyuman dan hiasi hari2mu dengan doa dan cintaNYA. kuatkan langkah kakimu,kuatkan hatimu,kuatkan imanmu dan tabahkan hatimu. tiup kan semangat dalam dirimu agar hati mu kental dengan cintaNYA dan tidak mudah untuk di tembusi dengan bisikan2 iblis yang sering mengugat keimananmu teman. kembalilah kepada allah kerana kunci ketenangan ada padaNYA. carilah kunci itu agar dirimu tenang walau seribu badai datang melanda hidupmu agar dirimu tidak akan pernah kecewa dan berputus asa dengan takdirNYA. insyallah.
p/s=>kembalilah kepada allah kerana kunci ketenangan ada padaNYA. balutkan hati mu dengan cintaNYA supaya hatimu tidak mudah rapuh dan terluka dengan tiap apa yang berlaku. maniskan senyuman, maniskan iman ^-^salam mahabbah.
N.R
.jpg)