Dalam kita melangkah…
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,
Hingga kita terduduk dan menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
Dan renungilah dalam diri kerana…
Mungkin air mata tika itu hadir kerana…
Dia mahu menjahit sejadah IMAN
yang kian terkoyak...
Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,
Semoga tabah dan tetapkan iman…
Biarlah kita keseorangan,
Tanpa berteman,
Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan,
Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah,
Tapi,
Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat,
Ayat suci AL-QURAN..
cari lah hatimu ketika membaca alquraan.. tetapi jika tidak jumpa juga.. maka carilah hati mu didalam solat.. jalan keluar segala masalah ialah kembali kepada islam.. di situ kamu akan temui satu ketenangan yang tidak mungkin kamu jumpa di bumi ini.. di situ pasti kamu akan temui erti bahagia yang tidak mungin kamu jumpa di tempat lain atau pada seseorang.. teruskan tersenyum dalam menghadapi liku2 kehidupan..cekal kan hatimu kerna DIA sedang memerhati setiap langkah,tutur dan bicara kita dalam dunia yang sementara dan penuh dusta.. bangkitlah sahabatku.. kesat kan air mata yang berguguran dan pujuklah hatimu dengan cintaNYA.. INSYAALLLAH... allah pasti bersamamu :')salam mahabbah dari N.R :)
.jpg)






.jpg)





.jpg)