Tuesday, 24 July 2012

carilah hatimu...

                                                                     


Dalam kita melangkah…

Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,
Hingga kita terduduk dan menangis,
Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
Dan renungilah dalam diri kerana…
Mungkin air mata tika itu hadir kerana…
Dia mahu menjahit sejadah IMAN
yang kian terkoyak...
Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,
Semoga tabah dan tetapkan iman…
Biarlah kita keseorangan,
Tanpa berteman,
Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan,
Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah,
Tapi,
Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat,
Ayat suci AL-QURAN..


                                           


cari lah hatimu ketika membaca alquraan.. tetapi jika tidak jumpa juga.. maka carilah hati mu didalam solat.. jalan keluar segala masalah ialah kembali kepada islam.. di situ kamu akan temui satu ketenangan yang tidak mungkin kamu jumpa di bumi ini.. di situ pasti kamu akan temui erti  bahagia yang tidak mungin kamu jumpa di tempat lain atau pada seseorang.. teruskan tersenyum dalam menghadapi liku2 kehidupan..cekal kan hatimu kerna DIA sedang memerhati setiap langkah,tutur dan bicara kita dalam dunia yang sementara dan penuh dusta.. bangkitlah sahabatku.. kesat kan air mata yang berguguran dan pujuklah hatimu dengan cintaNYA.. INSYAALLLAH... allah pasti bersamamu :')
salam mahabbah dari N.R :) 

Wednesday, 2 May 2012

surat cinta untuk awak..

assalamualaikum..
surat ini yang pertama untuk awak dari saya.. semoga awak sentiasa di bawah redha dan rahmat allah..
awak walau di mana awak berada, walau betapa jauh nya awak dari saya
tetapi percayalah..
bahawa doa sentiasa saya titipkan untuk awak..
awak..
bagaimana khabar dan kehidupan awak disana?
adakah awak sama macam saya?
menunggu saat hati kita di satukan dibawah redhaNYA..
awak...
bukan saya tak mahu cari awak..bukan saya tak mahu terima cinta awak..
cuma saya rasa bukan waktu yang sesuai sekarang..
saya takut kita tersasar dari landasan allah 
kerana cinta yang bukan milik kita ni..
awak..
walau awak ada dengan siapa sekarang..
ingati lah diri saya..
jaga batas pergaulan awak dengan perempuan,jangan lupa solat,
mantapkan hati dan iman awak 
untuk saya.
kerana saya juga sedang berusaha untuk buat begitu
menjadi excellent di mata ALLAH
dan yang terbaik untuk awak
awak..
apabila tiba hari,masa yang sesuai..
allah akan satukan hati kita di bwh satu matlamat iaitu
mencari keredhaan allah bersama..
pasti cinta kita lagi sweetkan?? heee
sebab semua yang berlandaskan allah pasti indah2 belaka
bercinta lepas kawen juga indah..
awak2..
jangan gatal2 dengan perempuan lain yerk..
saya pon xkan layan laki lain..
saya akan ciap kan diri saya menjadi bidadari awk..
bukan di dunia..tapi akhirat,.
insyallah...
jage diri,jage hati dan jaga iman
saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak


p/s:: cinta mmg derita bila kita tidak mengenal pemilik cinta yang sebenar..cinta akan bahgia bila kiter mengenal allah... 
cinta xkan purdah warnannya jika kita mewarnai dengan iman
cinta xkan kejam jika kita berpaksikan pada yang adil dan benar
cinta itu mudah, simple dan xkan purdah warnernya
kalau mengikut cara kehidupan islam yang sebenar..
insyallah..
semoga cinta kita sentiasa mekar kerana allah dalam mencari keredhaan didunia dan akhirat demi menggapai kebahgiaan yang hakiki..
salam sayang dari saya untuk awk

NUR RAIHAN :)
SYUKRAN KASIRAN SUDI BACE!

Friday, 13 April 2012

kata hati^^

"kenapa kata hati? mengapa kata hati? ada apa dengan kata hati?" 

apa beza kata hati dengan kata akal? macam mana nak tahu kata hati or kata akal? arghhh..kelirunyer!!*chill2..cer senyum sikit..moh ler kite cuber mengenalinya..together2..:)*


 situasi ::sedang kyusuk si A dan B makan,, datanglah seorang pengemis meminta sedekah..
pandangan pertama...
A : kesiannya dia *monolog sendirian..
pandangan kedua...
A : sibuklahh, aku kan tengah makan nie..datang time macam ni plak..*walau pada mulanya hatinya tidak sampai*
pandangan pertama ialah kata hati..pandangan kedua ialah kata hati tetapi sudah di pengaruhi dengan kata2 akal.. kata hati ialah kata yang pertama sekali hadir dan tercetus dalam hati anda..selepas itu baru lah kata akal yang mula menguasai diri kita.. apabila kata akal mula bercampur gaul bersama kata hati maka berbagai pilihan muncul di kepala kita ini..makin susah untuk memutuskan sesuatu keputusan saat itu..*mulalah kekusutan melanda di hati*..  


tetapi apa yang penting sangat dengan KATA HATI kita nie? sshhh...nanti dulu..dengar dulu..!



listen to your heart..
dengarlah kata hati anda kerana..
#kata hati ialah kata yang pertama sekali keluar#
#kata hati tidak pernah menipu#
#kata hati ialah perkara yang anda ingin lakukan#
#kata hati ialah kata yang tepat untuk anda membuat keputusan#
#dihati terletak iman seorang muslim#

..tetapi...
..adili lah hati mu dengan iman dan akal..
..di samping mendengar kata hati cuba mengunakan akal yang sihat untuk mengadili agar kita tidak tersasar jauh dari landasan hidup yang bersimpang siur ini..
gunalah akal mu untuk menilai ini kerana hati manusia selalu di tembusi dengan hasutan syaitan durjana..
..agar iman di hati mu menjadi kompas yang paling hebat..
agar imanmu menjadi gps yang paling canggih di dunia ini


remember that!!
#follow your heart but take your brain with you#
#never let your heart decide everything alone#

..mendengar kata hati tidak salah..berpadalah..
dengarlah kata hatimu mulai hari ni..kerana itu yang kamu mahu dan perlu dalam hidup kamu yang sebenar
tetapi
jangan membiarkan hati mu keseorangan untuk membuat keputusan
bawalah
iman dan akal yang diberi allah
moga 
keputusan yang di buat itu indah seindah mentari pagi yang selalu menyinar hidupmu
 jika hatimu putih
pasti ia turut bersih menilai sesuatu dengan adilnya

#listen to your heart because heart is always right my dear..:)#


now, close your eyes and try listen what your heart want??

p/s:: dengarlah kata hatimu dan berilah peluang kepada diri anda sendri untuk mencuba apa yang anda mahu dlm hati anda..
kata hati saya kata saya rindu awak dan mungkin antara kita tiada jodoh awk..semoga perasaan ini hilang.. allah lebih tahu pe yang terbek untuk sy dan awk.. :')
ikhlas dari saya::
N.R:)
KATA HATI TIDAK PERNAH MENIPU DAN SENTIASA BERDETIK 
KERANA ADANYA CINTA ALLAH
DI HATI INI

Thursday, 12 April 2012

"tiada jodoh antara kita"

A: "ko cm ner gan si pulan tue?"
B: "aku da putus da gan die" 
A: "kenapa?"

hah! si B ade dua pilihan untuk menjawabnya. mungkin si B boleh memilih untuk menceritakan apa yang terjadi dan membuka segala kesalahan.. mungkin juga si B boleh menjawab seperti ini "tiada jodoh antara kami"
 hurm.. Bagi yang baru sahaja putus cinta,, pasti sedang bersedih dan hari-hari anda pasti di temani air mata..
sampai bila anda mahu bersedih? anda sedang asyik bersedih di sini, malah bekas kekasih anda sedang bergembira mungkin.. pertanyaan nyer sampi bila ingin bersedih?? pe yang patut anda lakukan??



usahlah membuang air mata mu..jangan biarkan mata anda jadi seperti panda..*heee*..  
tidak salah untuk merasakan kesedihan itu tetapi harus beringat dan berpada.. tidak sampai memudaratkan diri.. tidak juga membuatkan kita alpa dengan kehidupan yang akan datang.. bersedih yang berlebihan bermaksud kita tidak redha dengan ketentuan yang DIA beri kepada kita.. 



wahai sahabatku, bangkitlah dari kesedihan dan teruslah pandang kehadapan masih banyak lagi perkara yang menanti kamu..yakinlah setiap apa yang allah tentukan adalah yang terbaik untuk kita.. dan ada hikmah yang tersendiri.. yakinlah yang aturan allah indah2 belaka kerna DIA selalu titip kan yang terbaik untuk hambaNYA.. dan allah tidak akan pernah mengecewakan tiap hamba yang selalo berharap kepadaNYA..
balutlah kelukaan hatimu dengan zikir,nama dan cinta allah.. insyallah..ketenangan milikmu.. hati yang luka, hati yang tidak tenang..ade kuncinya.. setiap masalah yang tiba,perlulah mencari jalan keluarnya dan kunci segala masalah itu.. kuncinya ialah "perbaiki cinta dan keimanan kepada allah"..



perkara yang patut anda lakukan apabila putus cinta ::

1) jangan menghubungi pasangan anda jika tiada urusan yang penting kerna antara kamu tiada urusan yang perlu dibincangkan lagi.. ini kerana.. ia akan membuatkan hati anda terluka sendiri..
2) buang semua barang2 dan gambar2 yang boleh menjadi kenangan antara kamu berdua ini..ini kerana.. semakin kamu melihat barang dan gambar itu semakin payah kamu ingin melupakannya..
3) jangan duduk bersendirian,, senyumlah dan cuba gembirakan diri anda sendiri.. agar luka itu akan hilang dengan sendiri dan perlahan seiring waktu yang berjalan tanpa kita sedari..
4) dekat diri bersama allah..agar dapat memantapkan hati dan iman yang laterannya koyak dari dosa2 lepas..
5)jangan bercerita buruk tentang pasangan anda..malah jawablah sebaliknya.. mungkin tiada jodoh antara kami..

p/s:: pada anda yang baru putus cinta..bersyukurlah.. ini kerana allah sedang aturkan yang terbaik untuk kamu.. mungkin allah tarik orang yang kita sayang dan allah gantikan dengan orang yang lebih menyanyangi diri kita.. anda perlu ingat.. yang allah sedang menjaga hati kamu dan mejauhkan kamu dari maksiat.. senyumlah..dan tingkatkan hati kamu dengan cinta allah agar kamu berjumpa dengan seseorang dan bersatu dlm cinta allah.. insyallah..



#senyumansemanismentari# 
ikhlas dari N.R :)

Wednesday, 28 March 2012

khas untuk kamu sahabatku

sahabat..?? kawan??  ada beza ke??
ramai yg cakap macam ini.. "ekeleh..same jer lah..semua lebih membawa maksud kepada membe or friend *hah! owgputihsgt.hee.."


kawan ialah :: 
>orang yang kita kenali..
>kawan juga boleh didapati di mana-mana#mcm barang plak da pulop..hee#..  


sahabat ialah ::
>orang yang sentiasa ada untuk kita tidak kira masa atau situasi..
>orang yang sanggup menangis dan berkorban untuk kita walau hatinya terluka..

>orang yang sentiasa memberi sokongan walau berjauhan..
>orang yang selalu mengingati kita walau kadang2 kita terlupa dengannya..


kawan bergelak ketawa ramai n pasti kita jumpa tiap masa dan ketika..kawan juga bersifat sementara dan mungkin akan pergi bila-bila masa..
hargailah nilai sebuah persahabatan kerana ia mugkin susah dimiliki dan didapati dan ia senang untuk diakhiri dengan kata-kata atau perbuatan. Sahabat itu orang yang sanggup melihat kita tersenyum walau bukan dengannya..tetapi dia akan muncul sekiranya dia mendengar bahawa kita sedang bersedih.. beruntunglah jika kamu mempunyai sahabat seperti itu.. hargai dan jagalah hatinya lebih dari hati kamu sendiri.. maniskan persahabatan itu dengan cintaNYA.. bertemu dan berpisah kita kerana allah..insyallah..








#saya rindu sangat dengan kamu sahabat..walau sekarang kamu bahagia di sisi orang lain..saya tetap di sini memerhati kamu dari jauh..n mngirim kan doa untuk kamu..semoga allah sentiasa menjaga kamu..bertemu kita hari semalam kerana allah..kasih syg saya untuk awak di dahulukan cinta kerana allah.. semoga kamu terus tersenyum melakar impian.. saya sayang awak sangat2#


ikhlas dari saya NR :)

Thursday, 22 March 2012

bukan saya tak sudi..tapi...

kepada yang single::::

mungkin hati dan fikiran sering di belenggu dengan pertanyaan seperti berikut :-

"da ade pakwe? da ada awek?"
"xada lagi?? kenapa?? tak busan ker?? xsunyi ker?? xberminat nak cari ker??"
"bila owg nk dtg ngurat aku nie.." hmm..xade sapa yang nk kat aku nie..xkawen lahh aku cm nie"

hah! mesti macam2 rasa yang singgah di hati..jangan bersedih temanku.. bersabar lah.. jika ada yang bertanya begitu jawablah seperti ini..

bukan saya tidak mahu memberi peluang tetapi nanti dulu belum masa yang sesuai dan belum jumpa orang yang tepat..
bukan saya memilih tetapi saya mencari yang mampu menjadi imam atau bidadari saya sampai  ke syurga..
bukan saya tidak mencari tetapi saya ingin persiapkan diri dengan akhlak,iman, dan hati yang mantopp untuk bakal pasangan saya..
bukan saya tidak sudi memberi cinta saya kepada sesiapa  tetapi saya ingin mencapai cinta allah terlebih dahulu..
dan yang terakhir saya tidak memerlukan seorang pakwe,awek,kekasih tetapi saya memerlukan bakal suami atau isteri yang mampu membimbing saya ke jalan allah agar cinta kami tetap utuh dan indah sampai ke syurga dan bukan menjadi satu persinggahan di dunia ini... 


bersabarlah wahai temanku, jodoh sudah di tetapkan oleh allah dan kita hanya perlu berusaha mencari nya..jangan risau jika tidak bertemu lagi dengan jodohmu dan yakin akan ketentuanNYA.. carilah cinta yang membawa kita dekat dengan cinta ilahi...kerna.cinta itu indah jika di alirkan kepada jalan yang di penuhi iman bersama yang orang yang tepat..tetapi cinta juga menjadi kejam jika di alirkan kejalan yang penuh nafsu.. nilai lah cinta sebelum kamu cuba untuk memiliki nya.. setelah memilikinya cubalah kamu memahaminya..setelah kamu memahaminya cuba kamu menguasainya agar kita tidak dikuasai olehnya..pandaglah cinta dengan 3 pandangan..insyallah cinta yang indah pasti milikmu...

janganlah kamu menilai cinta melalui pandangan mata kerana pandangan mata selalu menipu 
jangalah menilai cinta melalui akal kerana pandangan akal selalu tersalah 
janganlah kamu menilai cinta melalui pandangan nafsu kerana pandangan akal selalu melulu..
nilailah cinta melalui hati kerna pandangan hati selalu jadi yang hakiki  



p/s==> nilai lah cinta melalui hati k..opss..tapi pastikan hati kita cantik baru dapat nilai dngan cantik dan  perfect.. :) maniskan iman maniskan snyuman agar kasih saya n awk kekal salamanya..:)








Wednesday, 22 February 2012

kembalilah kepada allah :)

di saat hati terluka, di saat dada ini di himpit rasa resah dan gelisah dan di saat air mata mula bertandang dalam hidup ini, jalan mana yang akan kita pilih..?

menyalahi takdir..dengan soalan yang begini :::
"mengapa ini yang terjadi?mengapa nasib aku macam ini? mengapa?kenapa?"
"kenapa semua ini harus berlaku?"

  jika soalan ini bertandang dalam hati mu ketika sesuatu membuatkan kamu rasa kecewa dan sedih. istighfarlah wahai teman.
 katakan tidak pada soalan itu ! tetapi katakan lah sebaliknya :::


 "aku redha dengan ujian ini. innalillah"






allah tidak akan pernah menurunkan ujian tanpa mengira kekuatan seorang hambanya.[surah al-baqarah:234]. percayalah teman, allah selalu akan ada bersama mu untuk lalui kehidupan yang singkat ini. jangan menangisi sesuatu yg DIA telah tetap kan untuk kita. jangan membuka peluang untuk biarkan syaitan menghasut hati kita  yg lemah ini untuk mnyalahi takdir. apabila dia menurunkan ujian itu bermaksud dia merindui kamu. dia juga ingin menguji cinta kamu terhadapNYA. bangunlah dan teruskan hari-harimu dengan senyuman dan hiasi hari2mu dengan doa dan cintaNYA. kuatkan langkah kakimu,kuatkan hatimu,kuatkan imanmu dan tabahkan hatimu. tiup kan semangat dalam dirimu agar hati mu kental dengan cintaNYA dan tidak mudah untuk di tembusi dengan bisikan2 iblis yang sering mengugat keimananmu teman. kembalilah kepada allah kerana kunci ketenangan ada padaNYA. carilah kunci itu agar dirimu tenang walau seribu badai datang melanda hidupmu agar dirimu tidak akan pernah kecewa dan berputus asa dengan takdirNYA. insyallah. 

p/s=>kembalilah kepada allah kerana kunci ketenangan ada padaNYA. balutkan hati mu dengan cintaNYA supaya hatimu tidak mudah rapuh dan terluka dengan tiap apa yang berlaku. maniskan senyuman, maniskan iman ^-^
         salam mahabbah.
          N.R

Monday, 20 February 2012

warna kehidupan:)

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,

"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."

 Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah sebesarnya, letakkan segalanya di hujung jalan. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."

Jika apa yang dihajati berlaku, maka bersyukurlah. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan di luar kemahuan kita,maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. pada kebiasaannya setiap keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil posisi bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu kita hanya sekelumit saja. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress ? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita kerana allah kurniakan yang terbaik dalam setiap kehidupan hambanya.

p/s:: setiap yang terjadi msti ade hikmah yang tersembunyi..ibaratkan hidup kita seperti alam yang di cipta oleh allah.. indah bukan?? selepas ujan allah hadiah kan kita pelangi yg indah..macam-macam musim ada kat dunia nie..sama mcm hidup kita..warna warni.. yakin lah dengan takdir allah..kerana.. ATURAN ALLAH INDAH2 BELAKA... insyallah.. ^_^..
salam mahabbah dari N.R.. :)

Saturday, 18 February 2012

Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup. :)

ramai selalu cakap begini::
"Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT."

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Entry ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

wahai Hawa diluar sana,,

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

buat Adam di luar sana,,

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

peringatan terakhir untuk kamu sekalian dan termasuklah untuk diri yang kerdil ini.
janganlah dirimu berharap kepada manusia walau sekecil mana atau setinggi gunung sekalipun kerna pasti kecewa yang akan dirimu temui. tetapi, sandarkan harapan mu kepada ALLAH nescaya bahagia milikmu kerana DIA tidak pernah kecewa kan hati hamba2 nya dengan janji yang tidak pasti.. 

p/s==> maniskan iman.maniskan senyuman dngan mahabbah.:)
             ikhlas dari N.R <3